Kalam Suci

Pages

Friday, June 17, 2011

Sunday, March 20, 2011

Sebelum Mata Terlena

Hijjaz

Sebelum Terlena

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan kuteruskan pengabdianku padamu


Sumbangan Putera Izfiq & Maulana Nik

Subahanallah... 

Sungguh lunak suara Munif Ahmad memperdengarkan lagu ini..Tambahan pula, dia menyanyikan lagu sebegini...sungguh ikhlas hatinya menyampaikan mesej ini kepada para pendengar...moga2 dia dirahmati Allah Taala...walaupun x pandai sangat nak nyanyi sebab suara x berapa merdu.tapi dapat dengar nyanyian Munif Ahmad pun jadilah...asalakan mesej ini sampai ke hati2 seperti ana n hati antum semua...Bagi ana, lagu ni membawa maksud yang amat yang mendalam kepada seorang yang mengaku hamba kepada TuhanNya, Rabbul Jalil...

Tertitis juga air mata ini bila mengenangkan dosa yang telah ku lakukan. Astaghfirullah..Astaghfirullah...Astaghfirullah..hanya itu yang ana mampu ucapkan....

terkenang segala kata2 nasihat sebelum ini yang rancak ana tuturkan kepada saudara2 n sahabat handai supaya selalu melakukan kebaikan n meninggalkan keburukan..namun, timbul kesedihan dan persoalan yang ligat bermain di minda ini..Adakah aku dah mengamalkan apa yang telah dikeluarkan daripada bibir ini? Subahanallah..aku sedar amat berat kemurkaan Allah bagi orang yang tdak mengamalkan sesuatu yang telah ia pesankan kepada si fulan yang lain..Astaghfirullah...marilah kita renungkan bersama wahai rakan2 sekalian...firman Allah Taala:
"wahai orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya?. Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya"(Surah As-Saff,ayat 2-3)

Jelas Allah telah mengingatkan kita hal tersebut...tapi..ye lah..hati yang sudah berkarat  dan diselaputi dosa pula ini, begitu lemah untuk mengamalkannya..hanya dengan bantuan Allah kita dapat mengamalaknya...

"Ya Allah, begitu besar ujianMu terhadap diri ini..kadang2, tidak tertahan hati ini untuk mengharunginya....Susungguhnya, Engkaulah yang mengetahui segala hikmah di sebalik segala musibah ini..Andainya, ujian yang kau berikan ini bertujuan untuk menghapuskan titik2 hitam di hati ku ini, maka begitu nikmat aku berada di dalam ujianMu ini dan sabarkanlah hatiku untuk menempuhinya... Ya Allah..Hanya Engkau sumber untuk aku mendapat kekuatan...

Bayangkan......

cuba kita bayangkan..bagaimana rasanya jika kita pernah berpesan sesuatu yang baik kepada si fulan, tetiba dia mengetahui yang kita x pernah beramal dengannya. Mesti sedikit demi sedikit insan tersebut cuba menjauhkan diri dia daripda kita..kan??..dan sememangnya kita xnak perkara sebegini berlaku n mesti kta akan rasa tidak senang jika orang cuba menjauhkan diri mereka daripada kita..itu baru manusia..belum lagi dengan Allah Taala...lebih2 lagi kita tidak akan pernah terlepas daripada diawasi olehNya...kita x pernah terlepas daripada setiap kejahatn yang kita lakukan walaupun sebesar zarah...pemerhatian Allah terhadap hambaNya amat halus...sihinggakan semut hitam yang berada di atas batu yang hitam dalam malam yang gelap gelita pun masih berada di bawah pengetahuan Allah...Subahanallah...sungguh teliti n adilnya Allah...subahanallah..

ceh...bestnya taip2 ni...moga2 Allah beri kekuatan kepada hati ini...

sekali lagi aku nak timbulkan persoalan n rakan2 sekalian...kuatkah aku nak mengamalkan segala yang telah aku coretkan ini...wahai rakan sekalian...kita tidak akan mampu melakukannya tanpa bantuan daripada Allah Taala yang mempunyai sebenar2 kekuatan...Hanya Dia yang memberi kekuatan kepada kita..


Jom la...sama2 kita memohon keampunan daripada Allah Taala supaya Allah menyucikan hati ini daripda titik2 hitam yang menghalang diri menerima hidayah daripadaNya.

Jadinya....

Sebelum Mata Terlena, Dengarlah Rintihan Hati Ini......
 
"Ya Allah, Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung, yang tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan yang Hidup dan yang Kekal. Aku memohon taubat kepadaNya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa, yang tidak mempunyai daya upaya untuk berbuat mudarat atau manfaat untuk mati atau hidup mahupun bangkit nanti"
"Ya Allah, Engkaulah Tuhan kami, tiada tuhan melainkan Engkau yang telah menciptakan aku, dan akulah hamba-Mu. Dan akupun dalam ketentuan serta janji-Mu sedapat mungkin aku lakukan. Aku mohon berlindung kepada-Mu daripada segala kejahatan yang telah Engkau ciptakan, aku mengakui nikmat-Mu yang Engkau limpahkan kepadaku, sesungguhnya tiada yang dapat memberi pengampunan kecuali hanya Engkau"
 selalu memohon dengan Allah Taala..supaya kita diberikan kekuatan untuk mengamalkannya..kalau x boleh nak amalkan semua..sikit2 pun jadilah...bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit..tak begitu?..mohonlah daripada Allah Taala dengan solat n sabar..
Firman Allah:

"Dan mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat. Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang yang khusu'."(surah al baqarah, ayat 45)
sebelum mata ini terlena...jangan tunggu ia sampai masanya...jomla sama2 kita mengingatkan diri kita termasuk ana sendiri.....moga2 kita sama2 mendapat manfaat daripadanya...Wallahualam....


 

Thursday, March 17, 2011

Berpasangan??couple??

BERPASANGAN?
                 Ramai remaja yang berpandangan berpasangan atau ‘couple’ merupakan jalan bagi mereka untuk lebih bersemangat dalam pelajaran. Bagi mereka apabila mereka mempunyai seseorang yang dikatakan sebagai ‘secret admire’, suntikan semangat untuk belajar semakin bertambah kerana di samping bertungkus-lumus berusaha mencapai kejayaan ada insan di sisi yang memberi dorongan yang bermakna kepada mereka. Tetapi sejauh manakah kebenarannya dan adakah perkara ini dibenarkan oleh  Islam?
KETAHUILAH….
Jika dilihat pada kesan yang timbul daripada gejala ‘couple’ ini, ada golongan yang berpandangan ia akan mendatangkan kebaikan, tetapi hakikatnya ia lebih banyak mendatangkan keburukan kepada kita terutamanya kepada para pelajar. Apabila cinta antara dua insan yang berlainan jantina sudah berputik pada saat itulah syaitan cuba menjolok lagi supaya pasangan tersebut melakukan perkara yang tidak diingini walaupun pada saat awalnya mereka yakin tidak akan melakukan perkara yang menyalahi hukum agama seperti pertemuan antara lelaki dan wanita dalam keadaan yang mencurigakan atau dengan istilah yang lebih mudah ‘dating’.
Ketahuilah, sebenarnya pertemuan antara lelaki dan wanita tidaklah diharamkan, malahan hal ini diharuskan jika ia mendatangkan manfaat kepada kedua belah pihak selagi batasan yang ditetapkan Islam tidak dilanggar. Antara batasannya ialah:
1. MENAHAN PANDANGAN MATA DARI KEDUA-DUA BELAH PIHAK
Firman Allah S.W.T.: “  dan janganlah kamu(wanita) menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa dilihat darpadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya…” (an-Nur : 31)
2. MENGHINDARI MENGGUNAKAN PERKATAAN YANG MERAYU DAN MEMBANGKITKAN RANGSANGAN
Firman Allah S.W.T. : “ maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (al-Ahzab : 32)
jauhinya dengan segera
Oleh itu, dengarlah kata-kata ini iaitu ‘Janganlah berdua-duaan tanpa disertai mahram kerana yang ketiganya adalah syaitan.’ Janganlah pula kita menjadi golongan yang sebaliknya iaitu golongan yang melanggar perintah Allah dan membawa kepada masalah yang lebih besar iaitu ZINA. Ketahuilah juga wahai pembaca sekalian bahawa antara dosa yang paling keji ialah dosa zina.






(Petikan daripada Buletin BADAR MRSM Muadzam Shah 10)

Madrasahku

Insya Allah..Kali ini ana nak ambil peluang ini nak kongsikan sesuatu daripada pengalaman yang ana dapat beberapa minggu belakangan ini. Walaupun perkongsian ini tidaklah seberapa sangat, ana harap kita bolehlah sedikit perkara di samping ana nak tambah input di dalam blog ini. Ana tidak mahu melepaskan peluang untuk berkongsi perkara ini.

Apa yang ana nak kongsikan ialah pengalaman ana menjadi pelajar di madrasah berdekatan dengan rumah ana. Ape name madrasah tu ye??..hhmm..entahlah..ana pun tak tahu..ana dah pun bertanyakan soalan ini kepada rakan ana di madrasah berkenaan, tapi, mereka pun sama tak tahu. Menurut pelajar lama di sana, madrasah itu tidak diberikan nama pun. Tidak mengapalah. Hal itu tidak penting. Apa yang penting ialah madrasah berada di bawah pimpinan ustaz Wan Ahmad Rusdi itu sudah berjaya melahirkan Huffaz al-Quran yang ramai. Pendek cerita, madrasah tersebut ditubuhkan untuk melahirkan para penghafal al-Quran yang boleh berkhidmat untuk agama dan masyarakat pada masa hadapan. Sebab itulah, ana begitu tertarik dan terpanggil untuk pergi ke sana supaya ana boleh tengok dengan mata sendiri bagaimana kehidupan mereka sehingga mereka dapat menjadi orang yang hebat. Mungkin bagi segelintir masyarakat, ada yang mengatakan orang yang berjaya dalam pelajaran di sekolah sahaja merupakan orang yang hebat. Tapi, bagi ana, orang yang hebat ialah orang yang dapat menjaga dirinya di dunia dan akhirat dan dapat berkhidmat untuk agama Islam tercinta di dunia yang penuh pancaroba ini.

Sebenarnya, rancangan ana untuk pergi ke madrasah tersebut merupakan antara rancangan ana untuk mengisi masa sementara menunggu tarikh keputusan SPM diumumkan dan sebelum ana pergi ke mana-mana IPT. Sekurang-kurangnya, masa yang terluang ini dapat  diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Mungkin ada yang berfikiran bahawa rancangan seperti ini hanya merugikan masa dan lebih baik masa yang ada ini digunakan unutk bersuka-suka di pusat membeli-belah atau mana-mana tempat yang boleh memuaskan hati. Tapi, bagi ana, lebih baik waktu inilah digunakan untuk mencari pengalaman yang berguna walaupun pengalaman itu hanya secebis. Siapa tahu, mungkin pengalaman yang secebis inilah yang dapat menyelamatkan kita suatu hari nanti jika kita masih menghargai pengalaman tersebut.

Pengumuman:

Kepada rakan-rakanku sekalian,

Gunalah waktu yang terluang dengan sebaik-baiknya. Janganlah malas untuk melakukan kebaikan walaupun sedikit. Tapi, biarlah beristiqamah insya Allah.

Firman Allah:

Demi masa. Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh.
(surah al-asr)

            (Saja nak selit sikit kat atas tu).
           
            Pengalaman ana pada hari pertama di madrasah amat manis. Berdebar memanglah ada. Tak boleh nak dielakkan. Tapi, harapnya semua baik-baik belaka. Debaran itu tidak kekal lama apabila ana dapat lihat keramahan pelajar-pelajar di sana. Mereka sedia melayan ana sebagai pelajar baru dengan baik. Pelajar-pelajar di sana terdiri daripada mereka yang berusia 10 tahun hingga 19 tahun. Antara rakan yang saya kenali pada hari pertama ialah Syamil, Amir dan Hakim. Masing-masing berumur 17 tahun ke atas. Tidak kurang juga dengan pelajar-pelajar yang kecil di sana. Mereka dididik supaya berlaku sopan dengan orang lain walaupun sekali- skala ada juga mereka menunjukkan sifat kebudak-budakkan mereka. Maklumlah, budak kecil…antaranya ialah Fadhil, Asri, syabil, syafiq dan ada lagi yang lain-lain. Muka mereka yang suci bersih dan masih belum berdosa itu boleh menambah ketenangan ana di sana. Semuanya kelihatan pandai membawa diri dan berdikari kerana mereka tinggala di asrama. mereka juga dididik dupaya hidup bagaikan satu keluarga. yang besar dihormati, yang kecil disayangi. hal ini jelas dapat dilihat apabila tiba masa makan, mereka akan makan bersama menggunakan talam. bagi sesiapa yang pernah makan bertalam, merak akan tahu bagaimana nikmatnya makan sebegitu. apabila kita makan bertalam, maknanya kita akan berkongsi makanan dengan yang lain. pada saat inilah, kita dapat belajar bagaiman kita nak bertolak ansur dengan rakan-rakan yang lain. lebih-lebih lagi, jika makanan waktu tu merupakan makanan kegemaran kita. walaupun makanan kegemaran kita, tiada orang yang boleh memntingkan diri sendiri. semuanya harus dibahagikan secara adil. inilah pengalaman yang perlu dicuba oleh antumBukan itu sahaja, yang lebih mengharukan, mereka melayan ana bagaikan ana dah lama di sana. begitu kuat konsep persaudaran yang diamalkan di madrasah. Suasana di madrasah pun begitu tenang dan menenangkan. Lebih-lebih lagi, bila ana dapat mendengar bacaan pelajar-pelajar yang sibuk menghafal kalimah-kalimah suci al Quran.

Apa yang ana mampu katakan ialah pelajar-pelajar di sana begitu beruntung kerana setiap hari mereka berada dekat dengan al Quran iaitu mukjizat agung nabi Muhammad s.aw. berbanding dengan remaja-remaja yang berada di luar sana yang lebih mudah terdedah dengan anasir-anasir jahat yang boleh merosakkan diri mereka sendiri. Oleh itu, kalau antum ada peluang untuk bersama-sama dengan mereka yang selau dekat dengan agama, maka janganlah antum melepaskan peluang keemasan itu untuk menyertai mereka kerana jika kita tengok keadaan dunia sekarang, amatlah sukar untuk kita membawa diri. Hanya mereka yang betul-betul kuat yang dapat memimpin diri mereka ke jalan yang berlandaskan al Quran dan sunnah.

Jika kita tengok kepada jadual harian pelajar madrasah yang ana pergi. Benarlah , jadual harian mereka disusun untuk mendekatkan diri kepada al Quran  yang menjadi cahaya kepada manusia dan sumber ilmu pengetahuan. Ana nak selit sikit jadual harian mereka.

4.30 pg: Bangun daripada tidur dan bersihkan diri.

5.00 pg: Mereka akan mula menghafal sabaq(hafalan yang baru) sehingga subuh.

6.20 pg: (agak-agak selepas solat subuh) mereka akan tasmik bacaan sabaq dengan ustaz.

8.30 pg: mereka akan membaca pra-sabaq(yg sudah dihafal)

2.00 ptg: mereka akan membaca mukhtar(juzuk2 yang sudah dihafal)

6.30 ptg: sambung bacaan al Quran yang tertangguh.

7.40 mlm: selesai solat maghrib. Baca mana-mana yang tertangguh atau membaca nazirah iaitu ayat baru untuk dihafal.

8.45 mlm-10.00mlm: selesai solat isyak. Mereka membaca mana-mana yang tertangguh atau membaca nazirah iaitu ayat baru untuk dihafal.

            Subahanallah…itulah aktiviti harian mereka. Amatlah mengagumkan. Kepada mana-mana rakan yang baca yang ini, kalu nak ikut amat digalakkan. Tapi jika tiada kekuatan, bolehlah ambil sikit-sikit.

            Cuba kita renungkan. Berapa ramai sangat masyarakat sekarang mahu mendekatkan diri mereka dengan al Quran. Kebanyakkannya menganggap al Quran ini sudah ketinggalan zaman, sedangkan mereka lupa yang al Quran amat relevan dengan mana-mana zaman sekalipun. Subahanallah.

“jom lah rakan-rakan sekalian, kita mendekatkan diri kita kepada kitab Allah”

Wednesday, March 16, 2011

Bukti Kewujudan Allah


Subahanallah....begitu terang dan jelas buktinya.......pelbagai tanda yang dapat kita jumpai..tapi kenapa???masih buta??

Tuesday, March 15, 2011

Kisah Pengajaran 2


perkara ini berlarutan hingga bertahun2…Rasyid semakin menginjak dewasa…namun perangai peliknya itu masih tidak kelihatan perubahannya…diri Rasyid pun kelihatan lebih buruk n tidak terurus..biliknya pun berbau busuk…maaf jika cakap, keadaan Rasyid bagaikan orang yg kurang siuman…ibu bapa Rasyid bagaikan dah hilang arah..x tahu lagi apekah care yg sesuai untuk digunakan bagi menghilangkan perangainya walaupun dari segi kewangan mereka mampu membiayainya…tapi itulah kuasa Allah, tetap tidak boleh dinafikan walaupun betapa mampunya manusia ini…pasangan itu hanya mampu berdoa agar Allah menunjukkan mereka jalan yg terbaik untuk keluar dari masalah ini…dengan berkat kesabaran mereka, Allah telah mengilhamkan pasangan itu untuk menghantar Rasyid ke rumah rakan mereka yg dikatakan sanggup membantu mereka…mungkin dengan cara ini ia dapat membantu Rasyid..lagipun rakannya itu amat ikhlas ingin menolong mereka berdua.. selepas itu, Rasyid dihantar tinggal bersama rakan ibu bapanya itu yg dikenali sebagai Pok Teh…

disana, Pok Teh melayan Rasyid bagaikan anak sendiri…tambahan pula Pok Teh x pernah dikurniakan anak sebelum itu walaupun telah berkahwin bertahun-tahun..nak buat mcm mane, tiade rezeki…Allah lebih mengetahui hikmahnya..kehadiran Rasyid amatlah menggembirakan Pok Teh walaupun die tahu mcm mane sikap Rasyid itu..tapi die tetap sabar apabila mengingatkan yg die dah nekad nak membantu rakannnya....die menganggap Rasyid seperti anak sendiri…waktu tinggal bersama Pok Teh, Rasyid turut dihantar olehnya ke kelas agama dengan harapan Rasyid dapat sembuh melalui care itu…Pok Teh juga menggunakan kaedah perubatan melalui al Quran sebagai ikhtiar yg terbaik…die begitu yakin yg ayat2 Allah adalah syifa iaitu penyembuh kepada segala penyakit...Oleh sebb itulah die ingin menggunakan cara ini..

setelah berbulan2 tinggal bersama Pok Teh, Al Hamdulillah…lame-kelamaan dengan izin Allah Taala keadaan Rasyid beransur baik…ape yg lebih menggembirakan Rasyid lebih suka untuk mendekatkan dirinya kepada Allah Taala…die berasa lebih tenang apabila dapat mendekatkan diri kepada Yang Maha Penguasa…subahanallah…sungguh berhikmah rancangan Allah ini…kini, Rasyid sudah dapat berfikir mengenai erti kehidupan yg kadang2 kita terpaksa melalui kesusahan, bulkannya setiap masa sesuatu kesenangan itu dapat dirasai sepanjang mase..sapai waktunya, kesenangan itu akan hilang jua berganti ujian..n die juga sedar, yg kesenangan itu sendiri merupakan ujian yg amat sukar untuk ditempuhi oleh mane2 org sekali pun…dengan itu,..Rasyid sudah dapat membezakan mana yg salah n benar…

Tibalah masanya pula untuk Rasyid kembali semula kepada keluarganya…pelbagai nasihat yg telah diberikan oleh Pok Teh ..pelbagai jolokan yg diberikan bg menaikkan kembali semangat Rasyid untuk bersemuka semula dengan kedua ibu bapanya yg sebelum ini pernah diherdik dan disemburkan dengan kata2 yang kesat oleh Rasyid sendiri…tapi sekarang, berbekalkan kesedaran yg ade..die begitu bertekad untuk memohon maaf kepada kedua ibu bapanya itu..die sedar yg selama ini die banyak melakukan kesalahan…n kesalahan itu bukannya kesalahan yg boleh dianggap remeh…tapi ia merupakan kesalahan yg besar….hanya  doa n harapan yg tinggi sering bermain di minda Rasyid..die amat berharap ibu bapanya dapat memaafkan kesalahnnya selama ini…

Setelah bersemuka dengan ibu bapanya, Rasyid terus mencapai tangan mereka…die memeluk mereka dengan erat sambil mulutnya tanpa henti bergerak memohon maaf, mengaku kesalahan…Subahanallah..begitu cantik susunan kehidupan ini…begitu tersirat hikmah dugaan yg ditanggung oleh pasangan itu…sekarang mereka mula dapat menarik nafas lega n bersyukur dengan perkara yg menakjubkan ini…ucapan terima kasih yg x terhingga diberikan kepada raknnya, Pok Teh kerana sanggup membantu mereka n berkongsi kesusahan untuk sama2 mencari jalan supaya Rasyid kembali ke pangkal jalan…keindahan persaudaraan Islam amat jelas kelihatan..subahanallah…

Sejak daripada peristiwa itu, Rasyid sudah menjadi seorang anak yg taat kepada kedua ibu bapanya…apa yg lebih menakjubkan…Rasyid tidak akan  memeluk n memohon maaf daripada ibu bapanya jika berjumpa dengan mereka…perkara ini membuatkan ibu bapa Rasyid amat gembira n bersyukur kepada Allah Taala kerana menunjukkan anaknya jalan pulang…sejak itu, Rasyid juga sering mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan Qiyamullail…n die juga tidak putus2 berdoa supaya Allah menetapkan hatinya pada jalan Nya…

Inilah kisah yg x berapa sedap pun…yg ana perasan…ana x letakkan sebarang dialog dalam cerita ni kerana xnak tokok tambah…klu nak ikutkan ceritanya lagi panjang…tapi diringkaskan…klu ade kekurangan tu, harap dimaafkan oleh antum semua..sebarang komen yg membina amat dialu-alukan,…moga2 kita semua mendapat manfaatnya..sekian…terima kasih….

 owh..sebelum tu..jom kita layan satu lagu nasyid.

..

Friday, March 11, 2011

Kisah Pengajaran 1

Assalamualaikum....

Allahdulillah..bersyukur ke hadrat ilahi...kerana rase nak demam+selesema...mesti teranye2..kenape perlu mengucapkan syukur kalau kita berada dalam keadaan sakit kan??..ini kerana bg para ahli Abid, solehin n para ulama..mereka lebih suke bersabar daripada melenting kesakitan, malahan ade yang amat menyukainya kerana mereka yakin yg setiap ujian/kesakitan merupakan penghapus dosa2 mereka...name pun ulama kan??...subahanallah..berape lame lg betul2 nak nak jadi seperti itu..moga2 Allah menguatkan hati ini...hhmm..saje je nak cakap pasala tu…selingan je tu......sebenarnya bukan tu yg nak dicoretkan...tapi sebenarnya...ape yg nak dikongsikan ialah satu kisah...kisah yg x berape sedap pun bg yg anggapnye x sedap...tapi...bg ana, ana nak jugak kongsikannya agar ia dapat dijadikan teladan buat diri ana n kalian semua...kisahnya berkisar mengenai seorang anak...si tenggang lg ke??...xlah jugak...cerita ni berdasarkan kisah benar....klu si tenggang mungkin ade tokot tambah..tapi ni x...tunggu ye...

kisahnya bermula begini...pada suatu hari(ceh...mcm nak cerita kat budak2 pulak)..di hospital...ade satu situasi yg mendebarkan jiwa..meruntuhkan hati...mempercepatkan degupan jantung...mcm2 lagi la sehinggakan x mampu diungkapkan dengan kata2...waktu tu, setiap ahli keluarga yg menunggu sedang gelisah di luar bilik pembedahan...mereka hanya mampu menunggu n berdoa kepada Nya yg Esa lg Maha Penyayang....mereka x dapat nak meredakan hati masing2...terutamanya kepada si ayah yg menunggu saat kelahiran anaknye yg ke-3 pada hari itu..die selalu berjalan mundur mandir, kesana kemari..ye lah...hati ayah mane yg senang jika kekasih/teman hidupnya sedang bertarung dengan maut demi melahirkan seorang cahaya mata yg amat dialu2kan kedatangannya...subahanallah..sungguh berat perngorbanan ini…

tapi...lain sikit bg si ayah ini...debaran yg dialaminya tidak sama dengan yg lain...degupan jantungnya amatlah laju...ape tidaknye, doktor telah mengesahkan bahawa si ibu itu tidak boleh melahirkan bayinya itu dalam keadaan yg normal...si ibu itu terpaksa dibedah demi keselamatan anak di dalam kandungan...walaupun ape yg disahkan oleh doktor itu amat mengejutkan pasangan itu....tap, si ibu tetap bersedia untuk berkorban jiwa n raganya demi melahirkan cahaye mata itu..lagipun, si ibu itu tahu yg sekiranya die dipanggil oleh Allah ketika berjuang ketika melahirkan anaknya itu..die akan dikira sebagai syahid akhirat...pahalanya sama banyak dengan pahale org yg berjuang fisabililllah..subahanallah...

situasi dalam bilik bedah begitu mencemaskan...doktor cube berusaha sedaya upaya membantu dengan cara yg terbaik membantu si ibu untuk melahirkan anaknya dengan menggunakan kepakarannya...kesakitan yg ditanggung oleh si ibu pula pada waktu itu amatlah perit..bayangkanlah..klu mane2 ibu yg melahirkan anak secara normal pun dah separuh nyawa bertarung..apatah lg dengan si ibu ini yg terpaksa dibedah dengan cara begitu..tentulah bertambah peritnya..lebih2 lagi, si ibu berada dalam keadaan sedar waktu tu.....begitu sabar si ibu ini...sanggup untuk menghadapi semua ini...subahanallah..

setelah beberapa jam berlalu...dipendekkan cerita...pasangan itu diberita mendapat seorang anak lelaki..ape yg lebih menggembirakan...si ibu masih diberikan umur yg panjang walaupun telah melalui satu detik yg sukar digambarkan betapa besarnya perngorbanannye...Al Hamdulillah...tiada ape lg yg mampu diungkapkan oleh si ayah melainkan hanya menyusun bait2 kate bg merafakkan kesyukuran yg tidak terhingga kepada Allah yg Maha Penyayang...dan tiada perkara lain lg yg ingin dilakukan olehnya melainkan ingin mendakap si permata hatinya untuk diazankan dengan suaranya sendiri n untuk menatap wajah kekasihnya yg penat berjuang menahan kesakitan..boleh dikatakan yg perjuangan ini tidak same sekali boleh dibayar dengan wang ringgit..hanya nilai kasih sayang sahaje yg didokong oleh pasangan itu...tiada lagi harapan lain yg disimpan melainkan mengharapkan si anak akan menjadi insan yg soleh n dapat berbakti kepada mereka apabila mereka sudah tua serta dapat mengecapi kejayaan dunia n akhirat...anak itu diberikan nama rasyid(bukan name sebenar, tapi..kisahnye benar...)

selepas kelahiran bayi itu...si ibu sering membelai manja anaknya itu...dijaga dengan seelok2nya dengan perasaan penuh kasih sayang....biase kate ibu2, klu boleh nyamuk seekor pun x akan dibiarkan menghinggapi si comel molek itu....anaknya yg ke-3 itu diberi penjagaan yg lebih sedikit berbanding anak2 yg lain memandangkan apabila si ibu itu mengingatkan cara kedatangan si comel molek itu berlainan dengan yg anak2nye yg lain...anak itu dilayan manja..diberikan apa sahaja yg dihajati..amat mudah..tambahan lagi kehidupan pasangan itu yg senang dapat menyebabkan pelayaran hidup anak itu menjadi amat mudah n tiada kesusahan…

selepas 16 tahun berlalu...
tergamam si ibu bila menerima sepucuk surat yg tidak disangka2 sampai ke pengetahuannya ....bumbung bumi ini dirasakannya bagaikan hendak runtuh sahaja menimpanya...air mate si ibu deras mengalir membasahi pipi apabile mengetahui yg die dipanggil oleh guru Rasyid bg membincgkan masalah disiplin yg telah dilakukan oleh anak kesayangan itu...luluh hati si ibu kerana langsung x menyangka perkara ini akan berlaku...sesuatu yang diharapkan baik, tetapi lain pula jadinya…

dengan hati yg amat berat n penuh kekecewaan, si ibu mengagahkan juga hatinya bg melangkah masuk ke kawasan sekolah....ketika berbincang dengan guru Rasyid...si ibu itu diberitahu yg Rasyid byk kali memonteng kelas n berkawan dengan rakan2 yg x elok....merah muka si ibu, malu bercampur geram terhadap sikap anaknya itu walaupun di dalam hatinya selalu mendoakan kebaikan anaknya itu...ibu itu sudah buntu x tahu mane lg tempat untuk meletakkan muka ini kerana bukan setakat itu sahaja masalah disiplin yg dilakukan oleh anaknya di sekolah malah masih banyak lg seperti yg dilaporkan oleh guru Rasyid kepadanya..

kehidupan Rasyid menjadi tidak tentu hala…selalu minta yg bukan2 daripada ibu bapanya…samapi satu hari die nekad xnak ke sekolah lg kerana hanya merajuk dengan ibu bapanya yg memarahinya…die x dapat mengerti ape tujuan ibu bapanya memarahinya…die merajuk sampai tahap die xnak tengok lg muka kedua ibu bapanya…banyak masenya hanya dihabiskan di dalam biliknya..die jarang keluar dari biliknya takut2 terserempak dengan ibu bapanya…perangai die menjadi semakin pelik…apabile die terserempak saje dengan ibu bapanya pasti ade kate2 sumpah seperti sumpah seranah yg dikeluarkan dari mulutnya..dirinya bagikan dirasut…hidupnya jadi tiada tujuan..kerjanya hanya berkurung di dalam bilik dan klu terserempak dengan ibu bapanya die akan mengeluarkan kata2 kesat…perangai Rasyid menunjukkan seperti die bukan buat2 dengan sendiri..seperti di rasut..amat kjelas kelihatan

entah mengapa perkara seperti ini boleh berlaku…mungkin kesenangan yg diberikan oleh  pasangan itu yg menjadikan Rasyid buta mencari tujuan hidup n tidak dapat berdikari…mungkin kehidupannya yang selama ini dimanja n jarang dimarahi atau jarang ditegur menjadikan die kurang jati diri..atau satu lg..mungkin kerana kederhakaan Rasyid kepada kedua ibu bapanya yg selama ini amat menyayanginya n menaruh harapan yg tinggi kepadanya agar menjadi insane yang berguna..pelbagai alas an n sebab bermain di fikiran……wallahua’lam…

kisahnya bersambung ye....to be continued...

JOM SOLAT