Kalam Suci

Pages

Tuesday, February 22, 2011

Jalan2 cari Redha...

Sabda Rasulullah s.a.w. yng bermaksud :

    "Sesiapa yang berulang-alik menuju ke masjid, Allah s.w.t. akan menyediakan untuknya tempat yang mulia di syurga setiap kali berulang alik."

Subahanallah!!!...besarnya ganjaran yang Allah yang berikan kepada golongan yang terdiri drpd bangsa akhirat ini..Mereka mencintai jalan ke masjid. Hadis ini bukan menyatakan apabila pergi ke masjid sahaja malahan apabila kita pulang dari masjid pun dapat ganjaran ini. Ingatlah, setiap muslim harus ingat ganjaran yang Allah tawarkan kepada kita..Bukan ini sahaja, ada hadis yang lain mengenai berjalan menuju ke masjid.

Diriwayatkan oleh Muslim melalui Abu Hurairah di mana Rasulullah s.a.w. bersabda yag bermaksud:

"sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian menuju sebuah masjid untuk menunaikan solat fardhu, di antara langkahnya itu ada yang menghilangkan dosa dan ada yang mengangkat kedudukannya."

maksudnya dosa kecil sahaja, tetapi kalau kita selaluberbaik sangka dengan Allah s.w.t.. Insya Allah akan diampunkan dosa hamba-Nya itu. dengan setiap langkah pun Allah nak bg ganjaran kepada kita. Jahatlah orang yang berburuk sangka dengan Allah ini. tapi harus diingatkan kepada kaum hawa bahawa jika mereka pergi solat berjemaah di masjid adalah makruh baginya kecualilah kepada wanita yang sudah tua dan tidak mempunyai keinginan nafsu bagi lelaki ke atasnya. Islam tidak menganiaya kaum wanita malahan Islam ingin menjaga kaum wanita sendiri. bagaimanakah bg wanita untuk mendapat ganjaran yang sama dengan lelaki yang pergi ke masjid yang mendapat ganjaran yang banyak itu. Hendaklah kaum wanita bagi anak gadis mentaati kat kedua ibubapa dan si isteri mentaati suaminya. tetapi jika kaum wanita ini dapat melakukan solat berjemaah di rumah lakukanlah..wallahu'alam...

JOM SOLAT