Kalam Suci

Pages

Tuesday, March 15, 2011

Kisah Pengajaran 2


perkara ini berlarutan hingga bertahun2…Rasyid semakin menginjak dewasa…namun perangai peliknya itu masih tidak kelihatan perubahannya…diri Rasyid pun kelihatan lebih buruk n tidak terurus..biliknya pun berbau busuk…maaf jika cakap, keadaan Rasyid bagaikan orang yg kurang siuman…ibu bapa Rasyid bagaikan dah hilang arah..x tahu lagi apekah care yg sesuai untuk digunakan bagi menghilangkan perangainya walaupun dari segi kewangan mereka mampu membiayainya…tapi itulah kuasa Allah, tetap tidak boleh dinafikan walaupun betapa mampunya manusia ini…pasangan itu hanya mampu berdoa agar Allah menunjukkan mereka jalan yg terbaik untuk keluar dari masalah ini…dengan berkat kesabaran mereka, Allah telah mengilhamkan pasangan itu untuk menghantar Rasyid ke rumah rakan mereka yg dikatakan sanggup membantu mereka…mungkin dengan cara ini ia dapat membantu Rasyid..lagipun rakannya itu amat ikhlas ingin menolong mereka berdua.. selepas itu, Rasyid dihantar tinggal bersama rakan ibu bapanya itu yg dikenali sebagai Pok Teh…

disana, Pok Teh melayan Rasyid bagaikan anak sendiri…tambahan pula Pok Teh x pernah dikurniakan anak sebelum itu walaupun telah berkahwin bertahun-tahun..nak buat mcm mane, tiade rezeki…Allah lebih mengetahui hikmahnya..kehadiran Rasyid amatlah menggembirakan Pok Teh walaupun die tahu mcm mane sikap Rasyid itu..tapi die tetap sabar apabila mengingatkan yg die dah nekad nak membantu rakannnya....die menganggap Rasyid seperti anak sendiri…waktu tinggal bersama Pok Teh, Rasyid turut dihantar olehnya ke kelas agama dengan harapan Rasyid dapat sembuh melalui care itu…Pok Teh juga menggunakan kaedah perubatan melalui al Quran sebagai ikhtiar yg terbaik…die begitu yakin yg ayat2 Allah adalah syifa iaitu penyembuh kepada segala penyakit...Oleh sebb itulah die ingin menggunakan cara ini..

setelah berbulan2 tinggal bersama Pok Teh, Al Hamdulillah…lame-kelamaan dengan izin Allah Taala keadaan Rasyid beransur baik…ape yg lebih menggembirakan Rasyid lebih suka untuk mendekatkan dirinya kepada Allah Taala…die berasa lebih tenang apabila dapat mendekatkan diri kepada Yang Maha Penguasa…subahanallah…sungguh berhikmah rancangan Allah ini…kini, Rasyid sudah dapat berfikir mengenai erti kehidupan yg kadang2 kita terpaksa melalui kesusahan, bulkannya setiap masa sesuatu kesenangan itu dapat dirasai sepanjang mase..sapai waktunya, kesenangan itu akan hilang jua berganti ujian..n die juga sedar, yg kesenangan itu sendiri merupakan ujian yg amat sukar untuk ditempuhi oleh mane2 org sekali pun…dengan itu,..Rasyid sudah dapat membezakan mana yg salah n benar…

Tibalah masanya pula untuk Rasyid kembali semula kepada keluarganya…pelbagai nasihat yg telah diberikan oleh Pok Teh ..pelbagai jolokan yg diberikan bg menaikkan kembali semangat Rasyid untuk bersemuka semula dengan kedua ibu bapanya yg sebelum ini pernah diherdik dan disemburkan dengan kata2 yang kesat oleh Rasyid sendiri…tapi sekarang, berbekalkan kesedaran yg ade..die begitu bertekad untuk memohon maaf kepada kedua ibu bapanya itu..die sedar yg selama ini die banyak melakukan kesalahan…n kesalahan itu bukannya kesalahan yg boleh dianggap remeh…tapi ia merupakan kesalahan yg besar….hanya  doa n harapan yg tinggi sering bermain di minda Rasyid..die amat berharap ibu bapanya dapat memaafkan kesalahnnya selama ini…

Setelah bersemuka dengan ibu bapanya, Rasyid terus mencapai tangan mereka…die memeluk mereka dengan erat sambil mulutnya tanpa henti bergerak memohon maaf, mengaku kesalahan…Subahanallah..begitu cantik susunan kehidupan ini…begitu tersirat hikmah dugaan yg ditanggung oleh pasangan itu…sekarang mereka mula dapat menarik nafas lega n bersyukur dengan perkara yg menakjubkan ini…ucapan terima kasih yg x terhingga diberikan kepada raknnya, Pok Teh kerana sanggup membantu mereka n berkongsi kesusahan untuk sama2 mencari jalan supaya Rasyid kembali ke pangkal jalan…keindahan persaudaraan Islam amat jelas kelihatan..subahanallah…

Sejak daripada peristiwa itu, Rasyid sudah menjadi seorang anak yg taat kepada kedua ibu bapanya…apa yg lebih menakjubkan…Rasyid tidak akan  memeluk n memohon maaf daripada ibu bapanya jika berjumpa dengan mereka…perkara ini membuatkan ibu bapa Rasyid amat gembira n bersyukur kepada Allah Taala kerana menunjukkan anaknya jalan pulang…sejak itu, Rasyid juga sering mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan Qiyamullail…n die juga tidak putus2 berdoa supaya Allah menetapkan hatinya pada jalan Nya…

Inilah kisah yg x berapa sedap pun…yg ana perasan…ana x letakkan sebarang dialog dalam cerita ni kerana xnak tokok tambah…klu nak ikutkan ceritanya lagi panjang…tapi diringkaskan…klu ade kekurangan tu, harap dimaafkan oleh antum semua..sebarang komen yg membina amat dialu-alukan,…moga2 kita semua mendapat manfaatnya..sekian…terima kasih….

 owh..sebelum tu..jom kita layan satu lagu nasyid.

..

1 comment:

  1. semoga kita tergolong dalam kalangan anak yang soleh dan solehah..ameen..

    ReplyDelete

JOM SOLAT