Kalam Suci

Pages

Thursday, March 17, 2011

Madrasahku

Insya Allah..Kali ini ana nak ambil peluang ini nak kongsikan sesuatu daripada pengalaman yang ana dapat beberapa minggu belakangan ini. Walaupun perkongsian ini tidaklah seberapa sangat, ana harap kita bolehlah sedikit perkara di samping ana nak tambah input di dalam blog ini. Ana tidak mahu melepaskan peluang untuk berkongsi perkara ini.

Apa yang ana nak kongsikan ialah pengalaman ana menjadi pelajar di madrasah berdekatan dengan rumah ana. Ape name madrasah tu ye??..hhmm..entahlah..ana pun tak tahu..ana dah pun bertanyakan soalan ini kepada rakan ana di madrasah berkenaan, tapi, mereka pun sama tak tahu. Menurut pelajar lama di sana, madrasah itu tidak diberikan nama pun. Tidak mengapalah. Hal itu tidak penting. Apa yang penting ialah madrasah berada di bawah pimpinan ustaz Wan Ahmad Rusdi itu sudah berjaya melahirkan Huffaz al-Quran yang ramai. Pendek cerita, madrasah tersebut ditubuhkan untuk melahirkan para penghafal al-Quran yang boleh berkhidmat untuk agama dan masyarakat pada masa hadapan. Sebab itulah, ana begitu tertarik dan terpanggil untuk pergi ke sana supaya ana boleh tengok dengan mata sendiri bagaimana kehidupan mereka sehingga mereka dapat menjadi orang yang hebat. Mungkin bagi segelintir masyarakat, ada yang mengatakan orang yang berjaya dalam pelajaran di sekolah sahaja merupakan orang yang hebat. Tapi, bagi ana, orang yang hebat ialah orang yang dapat menjaga dirinya di dunia dan akhirat dan dapat berkhidmat untuk agama Islam tercinta di dunia yang penuh pancaroba ini.

Sebenarnya, rancangan ana untuk pergi ke madrasah tersebut merupakan antara rancangan ana untuk mengisi masa sementara menunggu tarikh keputusan SPM diumumkan dan sebelum ana pergi ke mana-mana IPT. Sekurang-kurangnya, masa yang terluang ini dapat  diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Mungkin ada yang berfikiran bahawa rancangan seperti ini hanya merugikan masa dan lebih baik masa yang ada ini digunakan unutk bersuka-suka di pusat membeli-belah atau mana-mana tempat yang boleh memuaskan hati. Tapi, bagi ana, lebih baik waktu inilah digunakan untuk mencari pengalaman yang berguna walaupun pengalaman itu hanya secebis. Siapa tahu, mungkin pengalaman yang secebis inilah yang dapat menyelamatkan kita suatu hari nanti jika kita masih menghargai pengalaman tersebut.

Pengumuman:

Kepada rakan-rakanku sekalian,

Gunalah waktu yang terluang dengan sebaik-baiknya. Janganlah malas untuk melakukan kebaikan walaupun sedikit. Tapi, biarlah beristiqamah insya Allah.

Firman Allah:

Demi masa. Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh.
(surah al-asr)

            (Saja nak selit sikit kat atas tu).
           
            Pengalaman ana pada hari pertama di madrasah amat manis. Berdebar memanglah ada. Tak boleh nak dielakkan. Tapi, harapnya semua baik-baik belaka. Debaran itu tidak kekal lama apabila ana dapat lihat keramahan pelajar-pelajar di sana. Mereka sedia melayan ana sebagai pelajar baru dengan baik. Pelajar-pelajar di sana terdiri daripada mereka yang berusia 10 tahun hingga 19 tahun. Antara rakan yang saya kenali pada hari pertama ialah Syamil, Amir dan Hakim. Masing-masing berumur 17 tahun ke atas. Tidak kurang juga dengan pelajar-pelajar yang kecil di sana. Mereka dididik supaya berlaku sopan dengan orang lain walaupun sekali- skala ada juga mereka menunjukkan sifat kebudak-budakkan mereka. Maklumlah, budak kecil…antaranya ialah Fadhil, Asri, syabil, syafiq dan ada lagi yang lain-lain. Muka mereka yang suci bersih dan masih belum berdosa itu boleh menambah ketenangan ana di sana. Semuanya kelihatan pandai membawa diri dan berdikari kerana mereka tinggala di asrama. mereka juga dididik dupaya hidup bagaikan satu keluarga. yang besar dihormati, yang kecil disayangi. hal ini jelas dapat dilihat apabila tiba masa makan, mereka akan makan bersama menggunakan talam. bagi sesiapa yang pernah makan bertalam, merak akan tahu bagaimana nikmatnya makan sebegitu. apabila kita makan bertalam, maknanya kita akan berkongsi makanan dengan yang lain. pada saat inilah, kita dapat belajar bagaiman kita nak bertolak ansur dengan rakan-rakan yang lain. lebih-lebih lagi, jika makanan waktu tu merupakan makanan kegemaran kita. walaupun makanan kegemaran kita, tiada orang yang boleh memntingkan diri sendiri. semuanya harus dibahagikan secara adil. inilah pengalaman yang perlu dicuba oleh antumBukan itu sahaja, yang lebih mengharukan, mereka melayan ana bagaikan ana dah lama di sana. begitu kuat konsep persaudaran yang diamalkan di madrasah. Suasana di madrasah pun begitu tenang dan menenangkan. Lebih-lebih lagi, bila ana dapat mendengar bacaan pelajar-pelajar yang sibuk menghafal kalimah-kalimah suci al Quran.

Apa yang ana mampu katakan ialah pelajar-pelajar di sana begitu beruntung kerana setiap hari mereka berada dekat dengan al Quran iaitu mukjizat agung nabi Muhammad s.aw. berbanding dengan remaja-remaja yang berada di luar sana yang lebih mudah terdedah dengan anasir-anasir jahat yang boleh merosakkan diri mereka sendiri. Oleh itu, kalau antum ada peluang untuk bersama-sama dengan mereka yang selau dekat dengan agama, maka janganlah antum melepaskan peluang keemasan itu untuk menyertai mereka kerana jika kita tengok keadaan dunia sekarang, amatlah sukar untuk kita membawa diri. Hanya mereka yang betul-betul kuat yang dapat memimpin diri mereka ke jalan yang berlandaskan al Quran dan sunnah.

Jika kita tengok kepada jadual harian pelajar madrasah yang ana pergi. Benarlah , jadual harian mereka disusun untuk mendekatkan diri kepada al Quran  yang menjadi cahaya kepada manusia dan sumber ilmu pengetahuan. Ana nak selit sikit jadual harian mereka.

4.30 pg: Bangun daripada tidur dan bersihkan diri.

5.00 pg: Mereka akan mula menghafal sabaq(hafalan yang baru) sehingga subuh.

6.20 pg: (agak-agak selepas solat subuh) mereka akan tasmik bacaan sabaq dengan ustaz.

8.30 pg: mereka akan membaca pra-sabaq(yg sudah dihafal)

2.00 ptg: mereka akan membaca mukhtar(juzuk2 yang sudah dihafal)

6.30 ptg: sambung bacaan al Quran yang tertangguh.

7.40 mlm: selesai solat maghrib. Baca mana-mana yang tertangguh atau membaca nazirah iaitu ayat baru untuk dihafal.

8.45 mlm-10.00mlm: selesai solat isyak. Mereka membaca mana-mana yang tertangguh atau membaca nazirah iaitu ayat baru untuk dihafal.

            Subahanallah…itulah aktiviti harian mereka. Amatlah mengagumkan. Kepada mana-mana rakan yang baca yang ini, kalu nak ikut amat digalakkan. Tapi jika tiada kekuatan, bolehlah ambil sikit-sikit.

            Cuba kita renungkan. Berapa ramai sangat masyarakat sekarang mahu mendekatkan diri mereka dengan al Quran. Kebanyakkannya menganggap al Quran ini sudah ketinggalan zaman, sedangkan mereka lupa yang al Quran amat relevan dengan mana-mana zaman sekalipun. Subahanallah.

“jom lah rakan-rakan sekalian, kita mendekatkan diri kita kepada kitab Allah”

3 comments:

  1. salamualaikum.. Alhamdulillah.. akhirnya anta pun dapat merasai sendiri suasana y pernah ana rasai sepanjang mghafaz dulu... teruskan usaha yew.. insyaAllah.. seandainya diri kita ikhlas melakukannya kerana Dia,Dia akan mempermudahkan segalanya... teruskan perjuangan tanpa mengenal erti putus asa okeyh....^_^

    ReplyDelete
  2. wassalam..wbt...syukran jazilan atas sokongan..insya Allah...moga2 Allah memberi kekuatan...

    ReplyDelete
  3. insya Allah..semoga dapat hafaz sampai khatam..

    ReplyDelete

JOM SOLAT