Kalam Suci

Pages

Thursday, March 17, 2011

Berpasangan??couple??

BERPASANGAN?
                 Ramai remaja yang berpandangan berpasangan atau ‘couple’ merupakan jalan bagi mereka untuk lebih bersemangat dalam pelajaran. Bagi mereka apabila mereka mempunyai seseorang yang dikatakan sebagai ‘secret admire’, suntikan semangat untuk belajar semakin bertambah kerana di samping bertungkus-lumus berusaha mencapai kejayaan ada insan di sisi yang memberi dorongan yang bermakna kepada mereka. Tetapi sejauh manakah kebenarannya dan adakah perkara ini dibenarkan oleh  Islam?
KETAHUILAH….
Jika dilihat pada kesan yang timbul daripada gejala ‘couple’ ini, ada golongan yang berpandangan ia akan mendatangkan kebaikan, tetapi hakikatnya ia lebih banyak mendatangkan keburukan kepada kita terutamanya kepada para pelajar. Apabila cinta antara dua insan yang berlainan jantina sudah berputik pada saat itulah syaitan cuba menjolok lagi supaya pasangan tersebut melakukan perkara yang tidak diingini walaupun pada saat awalnya mereka yakin tidak akan melakukan perkara yang menyalahi hukum agama seperti pertemuan antara lelaki dan wanita dalam keadaan yang mencurigakan atau dengan istilah yang lebih mudah ‘dating’.
Ketahuilah, sebenarnya pertemuan antara lelaki dan wanita tidaklah diharamkan, malahan hal ini diharuskan jika ia mendatangkan manfaat kepada kedua belah pihak selagi batasan yang ditetapkan Islam tidak dilanggar. Antara batasannya ialah:
1. MENAHAN PANDANGAN MATA DARI KEDUA-DUA BELAH PIHAK
Firman Allah S.W.T.: “  dan janganlah kamu(wanita) menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa dilihat darpadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya…” (an-Nur : 31)
2. MENGHINDARI MENGGUNAKAN PERKATAAN YANG MERAYU DAN MEMBANGKITKAN RANGSANGAN
Firman Allah S.W.T. : “ maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (al-Ahzab : 32)
jauhinya dengan segera
Oleh itu, dengarlah kata-kata ini iaitu ‘Janganlah berdua-duaan tanpa disertai mahram kerana yang ketiganya adalah syaitan.’ Janganlah pula kita menjadi golongan yang sebaliknya iaitu golongan yang melanggar perintah Allah dan membawa kepada masalah yang lebih besar iaitu ZINA. Ketahuilah juga wahai pembaca sekalian bahawa antara dosa yang paling keji ialah dosa zina.






(Petikan daripada Buletin BADAR MRSM Muadzam Shah 10)

1 comment:

JOM SOLAT