Kalam Suci

Pages

Thursday, March 10, 2011

Jauhi Angan-angan

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya: "Dalam semua perkara pada anak Adam yang akan menjadikan mereka tua adalah dua perkara: Tamak dan angan-angan."
Oleh itu, umat yang bergelar Islam ini haruslah menjauhi dua perkara ini..yang ingin ditekankan sekarang ialah pada sifat angan-angan yang selalu bermain di fikiran remaja sekarang...ramai yang mempunyai cita-cita yang tinggi tetapi ramai juga akhirnya tidak mengeluarkan sedikit pun peluh sendiri untuk mengorak langkah ke arah itu..akhirnya dia hanya berada di posisinya yang asal tanpa berganjak...tanpa disedari dia hanya merugikan masa yang Allah  berikan kepadanya...itulah yang ingin ditekankan iaitu sifat angan-angan kita iaitu racun kehidupan dunia dan akhirat..jadi, bagi yang ingin mencapai cita-citanya haruslah membuat anjakan dalam diri moga-moga Allah memakbulkan hajat yang ada di hati..tetapi harus diingatkan jika kita gagal mendapatkannya mungkin ada hikmah yang baik di sebaliknya..gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya...

2 comments:

JOM SOLAT